Antara jenis ikan hiasan yang aku bela kali ni, Swordtail fish, Ikan laga (betina sahaja) dan lain-lain. Lupa la nama ikan yang dibeli ni
So far dah dekat sebulan bela, ada seekor je yang pulang ke rahmatullah. Ikan laga tu mulanya asingkan dari ikan2 lain. letak dalam balang kecil. Tapi yang seekor tu asik patuk kawan sejenis dia je. Sian pulak. Lalu aku asing kan dua ekor yang sejenis tu, seekor masuk dalam akuarium comel aku bergaul bersama ikan-ikan lain. Yang seekor lagi duk la seekor diri dalam balang tu.
Dapat lampu LED dari chilindo...aku pun letak dekat akuarium comel. Untuk di balang si laga betina ni, aku letak usb charger yang berlampu utk memberikan sedikit cahaya waktu malam. Jadi lah, dengan hiasan simple akuarium comel aku ni.


2 comments:
Sy pun bela ikan guppy, mula2 mati je.. Sy tuka air guna air tapis, letak garam biru skit, letak general aid dua ttik.. Hidup lama ikan guppy, smpai membiak xtau nk letak mana.. Skrg ada 3 akuarium da.. Xtau la nnt nk letak mana da.. Dlm akuarium tu sy ltak pokok ikat beli kat kedai akuarium..
Masa sy tgk ikan bunting, sy asingkn dlm bekas lain.. Sy letak sume betina dlm besen.. Buat teman.. Lepastu letak pokok ikat td yang berjurai2.. Alhamdulillah.. Keluo ler 15++ fry
Wahhh..baru baca. Tak sangka ada pengunjung lagi kat sini. Saya dh beli dah guppy. Payah betul nk dapat guppy betina. Laris di pssaran. Akhirnya dapat juga. Banyak yang dah bunting. Saya asingkan awal-awal sebab ternampak macam ada fry seekor. Cari tak jumpa. Dah kna ngap agaknya. Tu yang asingkan yang nampak sarat. Pasrah klu mati jugak. Cuma satu petua kawan2 ingatkan. Jangan bagi makan selalu sangat. Saya amalkan sekarang. Alhamdulillah. Lebih panjang hayatnya. Pokok ikat tu pun baru beli 2 hari lps. Rambang mata tengok banyak ikan dijual di kedai tepi jalan Bangi semalam. Borong dekat rm50. Hihi..meriah akuarium. Ikan laga pun ada. Tengah cuba buat ikan tu bertelur. Good luck to us. Tq.
Post a Comment