Semalam akhirnya berjumpa juga dengan ikan guppy betina. 2 minggu lepas dapat beli..tapi tak banyak. Dua guppy jantan, tiga guppy betina. Yang dalam cerita sebelum ni, semua dah arwah. Tinggal dua tetra neon je yang hidup.
Setiap petang habis kerja aku cuba pegi kedai tu lagi..tap kedai asik tutup. Memang aku yang lambat. Jumaat kemarin waktu rehat9 gigih aku pegi lagi kedai tu. Buka..tapi ikan dah tak banyak pilihan. Tunggu stok baru katanya.
Aku belasah je perabih semua ikan guppy yang ada. Semua jantan..7 hekor. Tambah stok ikan laga betina. Sebab yang di rumah macam dah nazak. Ikan laga jantan nan seekor masih gagah perkasa.
Semalam aku paksa diri memandu ke Bangi. Nak pergi antara 2 kedai ikan yang aku tau. Yang di Giant atau yang di tepi jalan dekat hitachi tu. Aku singgah yang di tepi jalan dulu. Bolat mata aku tengok ikan2 dalam tu. Guppy betina ada!! Tu yang penting. Terus borong 10 ekor.
Disamping sedikit ikan tetra silver dan tetra neon yg comel cantik warna kuning dan oren. Tetra neon aku ambik 2 ekor je. Seekor rm4. Mahal kot...haha..
Sama harga dengan ikan laga betinaku.
Puas hati. Sekarang kerjaku, menunggu guppy betina yang sarat mengandung 3-4 ekor tu beranak. 🤣🤪. Ibarat menunggu cucu keluar.
Sabar je lah kan.

