dah bertahun rupanya aku tk update ini page. Ok..aku masih bela ikan guppy walopun ianya silih berganti. Untuk tahun ni, memandangkan aku gi buat umrah awal tahun aritu, aku titipkan ikan guppy di rumahku kepada kawan-kawan di pejabat.
Alhamdulillah, beberapa ekor itu sangat bahagia duk di pejabat. Tapi ajal, tidak dapat dihalang. Datangnya bila-bila masa sahaja. Namun aku bersyukur, agak lama ia bertahan hidup di pejabat ini. Bersama-sama lebih doploh ekor anak2 kecit yang kawan-kawan aku bela. Kini, semua mereka telah tiada. Aku redha.
Untuk di rumah, aku telah beli yang lain di Bangi. Kat sebelah Warta aka Giant tu...ada 2 kedai jual ikan aquarium. Aku beli enam ekor...3 pasang. ..baru sekor yg mati...errr..
Yang lima bersaudara itu, masih cergas nampaknya...riang gembira berenang-renang dalam akuarium kecil ku. Moga mereka kan panjang umurnya. .... mereka gembira aku gembira..
kita semua gembira. :)
Thursday, May 26, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)