Friday, June 5, 2020

Aku kembali..

Kali ni tak bela ikan guppy dah..sebab belum jumpa lagi...insyaAllah nanti aku beli guppy, tpi buat masa ni aku bela ikan lain.  Comel gak. Dan lebih panjang umur.

Antara jenis ikan hiasan yang aku bela kali ni, Swordtail fish, Ikan laga (betina sahaja) dan lain-lain. Lupa la nama ikan yang dibeli ni
So far dah dekat sebulan bela, ada seekor je yang pulang ke rahmatullah.  Ikan laga tu mulanya asingkan dari ikan2 lain.  letak dalam balang kecil. Tapi yang seekor tu asik patuk kawan sejenis dia je.  Sian pulak. Lalu aku asing kan dua ekor yang sejenis tu, seekor masuk dalam akuarium comel aku bergaul bersama ikan-ikan lain. Yang seekor lagi duk la seekor diri dalam balang tu.

Dapat lampu LED dari chilindo...aku pun letak dekat akuarium comel.  Untuk di balang si laga betina ni, aku letak usb charger yang berlampu utk memberikan sedikit cahaya waktu malam. Jadi lah, dengan hiasan simple akuarium comel aku ni.