bukan tak ada cerita. Tapi sebab sibuk.
Aku nak maklumkan berita pemergian serentak 2 ekor ikan bandaraya ku... Bulan lepas. Ketika itu aku keluar stesen.. (outstation) . Bila aku pulang ke rumah, aku dapati kedua ikan itu telah tergolek kaku... mati bersama gamaknya.. di samping beberapa ekor guppy lain.
Ni gambar salah seekor darinya yang puan Lin berikan aku dulu tu...
Ikan guppyku semakin sedikit yang tinggal kini. Aku pulak dah makin malas nak tukar air tank tu. Lalu aku pindahkan mereka ke dalam balang yang lebih kecil. Yang jantan, dan yang betina aku asingkan.
Sejak aku melakukan pengasingan, jumlah kematian amat menurun. Tapi biler mereka aku tinggalkan dalam 2-3 hari.... banyaklah yang terkorban. Manja sungguh ikan-ikan ini. Mereka tk boleh hidup tanpa kehadiranku... huhu..
Kemudian baru-baru ni aku bertugas di luar lagi. 4 hari aku tinggalkan rumah. Dan dari kejauhan itu, anakku memaklumkan aku bahawa 5 ekor telah terkorban. Adeiihh...ikan guppy ku semakin pupus nampaknya.
Ini tk boleh jadi. Aku hairan. Aku dah asingkan ikan betina dan jantan. Yang betina banyak yang bunting. Tapi tk pernah lagi aku lihat guppy betina itu mengeluarkan anaknya...atau dalam istilah lain, beranak..!!
Jadi pada hari ini, aku asingkan seekor yang ku anggap telah sarat dan dah sampai waktu bersalin... dalam balang lain... dan tidak lama selepas itu aku nampak sesuatu terkeluar dari saluran peranakannya...
Macam ekor ikan kecil je... lama aku tunggu, tk juga keluar-keluar. Lama-lama aku celup tangan aku dan pegang ikan tu..dan akhirnya terlepas jua si anak ikan..tapi ...tk bernyawa lagi. Ikan itu beranak songsang..!!!
Aku tunggu lagi...ku lihat kali ini kepala si kecil dah terjongol.. tapi lama sungguh...tk jugak keluar2...aku rasa dah mati lah jugak.
Aku nak buat kesimpulan bahawa ikan ini sudah bunting terlebih tempoh dan anak-anaknya semua telah lemas dalam kandungan nampaknya....
Apakah sebabnya boleh jadi begitu??? Adakah sebab ketiadaan ikan jantan dalam habitatnya di dalam balang itu??? Adakah apa2 dorongan yang ikan guppy jantan boleh berikan pada bayi dalam kandungan agar cergas dan sihat??? Sebab sepanjang aku asingkan.... hanya seekor dua sahaja yang dapat dilahirkan hidup.
Atau..adakah faktor lain yang menyebabkan bayi-bayi ikan itu mati dalam kandungan????
mungkin satu hari nanti aku akan dapat jawapannya...atau ada sesiapa di luar sana yang tahu jawapannya..???
Aku translatekan dalam bahasa Inggeris soalan aku tadi... kok2 ada la mat2 saleh yang baca entry aku nih..hehhe..pasan.. ngkorang jln gelakkan English aku..memang teruk..tpi omputeh boleh paham tau...!!
anybody out there know...why my guppies cant gives birth to their fry alive?? .. all fry dead when delivered.
8 comments:
saya tinggal ikan guppy berminggu2 balik kg, ok jer...letakla rumpai2 tu...pastu kalu malas nak tukar air, letakla air tapis..contohnya air bioaura.... :)
hai.. ikan guppy kena tempat sejuk
http://ikangupi.blogspot.com
Ro'z, terima kasih..kekdg, mcm tanam pokok gak..yg mana tangan sejuk tu..idup je pokok nya...yg panas tu, asik tk idup je..
camtu lah gaknya bela ikan guppy ni...tangan anda, tangan yg sejuk gamaknya..hehe..
Masa bela ikan2 ni, acik mmg guna air tapis...tpi skrg dah malas dah. Guna air paip je..pastu masukkan ubat anti klorin tu..gasakla.
Ada beberapa ekor ikan guppy, acik campurkan dgn ikan yng roner oren, tah apa namannya.. Alhamdulillah, panjang gak umurnya stakat nih.
ramadhanblog, trima kasih. nnt acik gi tgk blog tu. Sorry, baru baca komen2 nih...tak tau pulak ada yg intai2 kat sini. Trima kasih sekali lgi pda kalian.
Ikan guppy kena ada jantan untuk menolong si betina mengeluarkan anak...aku letak betina dan jantan keluarlah kesemuanya ...tapi jangan tengok dia nak mengeluarkan takuk tak selesa
Letak pokok keladi bunting bagus sgt utk ikan gapi.
Letak pokok keladi bunting bagus sgt utk ikan gapi.
sy bela ikan gapi sekali dgn pokok keladi bunting dlm bekas letak dkt meja study..sambil bljr kita tgk ikan tu seronok berenang-renang..
Jantan guppy tak jugak membantu...dia makan anak lagi ada la. Selalu tgk guppy betina keluarkan anak sendirian je.
Keladi bunting? kena cari ni...tq atas cadangan.
Post a Comment