Saturday, November 22, 2008

The beginning of my new hobby

Pertengahan tahun aku mula berjinak2 dgn hobi ini. Asalnya, melihat kawan2 di pejabat memelihara ikan-ikan ini. Lelama mendatangkan minat. Lalu aku beli sendiri ikan guppy di Sri Serdang. Dua tiga hari sahaja, ikan tu habis mati. Lalu aku beli lagi...dan lagi..dan lagi.
Sewaktu lalu pekan Rantau, ketika balik kampung, aku singgah mencari kedai ikan...dan aku dapati ikan guppy di situ murah harganya. Setiap kali aku balik kampung, aku mesti pergi membeli ikan guppy.
Permulaan, aku hanya menggunakan balang kuih plastik untuk meletakkan ikan guppy ku. Kemudian aku beli balang kecil dengan harga RM6.00 di Hotmarket Seremban. Entah baper puluh ekor yang dah mati kat dalam tu. Tak ingat dah aku.
Nyaris-nyaris aku gif up...tk mo bela dah. Kemudian, Cik Ida balik ke Alor Setar dan pulang membawa lebih 40 ekor ikan guppy beri pada aku.
Sejak dari itu.. aku tidak mengira lagi berapa ekor yang mati. Sebaliknya, aku kira, berapa yang beranak pula.
Ikan tersebut aku bagi2kan kepada kawan2 yang lain juga. Aku bagi pada Kak Zariah, seperti yang Cik Ida pesan kan...aku bagi pada Wani, Husna, dan Syira. Dan aku bagi juga pada emak aku di kampung. Semua yang aku bebagi tu, beranak pinak. Bagus betul Ikan yang diimpot dari Aloq Setaq nih. Mati tetap mati. Tapi berbaloi dengan yang beranak. Hingga akhirnya aku tidak lagi punya ikan guppy induk yang asalnya dari Alor Setar itu. Yang ada hanya sikecil zuriat yang telah habis mati atau yang telah aku bagi2kan orang lain itu.

Hingga ke hari ini, masih ada dalam 50 ekor ikan guppy lagi dalam 2 akuarium kecil dan comel aku. Satu aku khaskan untuk anak ikan yang kecil2 tu. Satu lagi ku letakkan ikan yang telah besar. Apabila aku pulang ke kampung, aku masih lagi menyinggah ke Rantau, mencari dan membeli ikan yang bunting..heheh.. aku suka kalu ikan tu beranak pinak..

0 comments: