Saturday, May 12, 2012

Hiduplah dalam aman

video

Ahli baru, berlainan bangsa....tapi, tetap satu Malaysia, warna warni... hidup sihat, gembira, aman, harmoni, tiada duka, tiada pertelagahan, tiada kutukan dan kejian, tiada fitnah memfitnah, rukun dan damai, berat sama di pikul, rengan sama dijinjing....tiada rebut merebut... perlakuan ganas..dan, tiada perhimpunan dan tunjuk perasaan ...
Satu akuarium, pelbagai bangsa ikan..   Guppy, Swordtail fish dan Tetra Neon.... mereka mampu hidup bersama.  Ye..ikan jenis ini tidak mengapa diletakkan dalam satu tank.  Mereka mampu menjalin silaturrahim antara satu sama lain. Tpi jangan masukkan ikan laga atau Beta Fish...atau ikan puyu dan yg sewaktu dengannya dengan mereka tadi tu..nnt ibarat orang PAS, BN dan PKR yg diletakkan dalam satu bilik....bercakar je nnt...heheh..

Wednesday, April 4, 2012

YANG PERGI DAN YANG DATANG

Baru je cerita tentang kedatangan 5-6 ekor guppy peneman 2 ekor guppyku yang berjaya survive dalam akuarium acik. 
Ye...ikan-ikan comel tersebut sangat riang dipermulaan, walaupun nampak tercengang2 masa mula-mula masuk ke dalam tank kecil acik itu.  

Hari selepas itu, waktu pulang dari kerja, acik terus duduk di sisi akuarium, lalu terlihat 2 ekor ikan betina yang baharu dibeli itu, yang sebelumnya sarat perutnya berisi telur,  kini telah kempis, nipis dan tk buncit lagi...aahh..aku jadi kaget..! Kalau sebelumnya acik rasa risau tgk keadaan ikan tersebut berenang, macam tk stabil, sbb perut terlalu berat, kini dah ligat je berenang ke sana sini...mana anak2 dalam kandungan mereka ?  Apakah telah mereka adakan upacara memakan anak sendiri? Tanpa pengetahuan acik?  Sungguh tidak patut...!!

Acik terus tajamkan mata yang dah makin rabun ini...memerati...celah2 pokok, celah2 batu, celah2 tempurung ...dannn....

Kelihatan lah samar-samar, satu anak ikan yang berenang perlahan... kemudian, nampak pulak satu lagi...dan lagi...dan lagi...dan lagi......

Acik bertukar emosi jadik gumbira semula...Alhamdulillah. Segera capai tapis, tangkap anak yang kecil2 itu, diasingkan segera, masukkan ke balang kecil.  Dapat lah dalam lebih kurang 20 ekor anak ikan guppy itu.

Itu berita gembira yang nak acik kongsikan di sini.

Namun, seperti biasa yang kita maklum, stetmen standard,  yang hidup, akan menemui ajalnya juga..

Sehari selepas itu, sekali lagi, waktu pulang dari kantor, acik bersantai seketika bersama guppy kesayangan itu.  tpi jadik terkejut, bila melihat seekor, yang berenang2...kemudian tenggelam menjunam, ekor ke bawah kepala di atas,  ye, tenggelam ke dasar....dia bangkit semula...berenang ke permukaan air, namun tewas, dan tenggelam lagi..beberapa kali.. 

Bukan seekor...ditambah lagi, 2 ekor, jadi 3 ekor yang berkeadaan sebegitu..semuanya jejaka2 guppy yang hensem2 belaka...ada gambarnya di entry sebelum ini... cantikkan beliau itu?    lalu dengan redha, pasrah, tabah, acik tangkap jua, dan masukkan dalam bekas lain, untuk mereka menghabiskan sisa2 kehidupan mereka bersama. 

 Aaarrrh...sabar lah acik..  hari ni hilang 3 ekor, kan masih ada yang kecil2 itu doploh ekor lagi?  Alhamdulillahh....innalillah...

Saturday, March 31, 2012

Jangan putus asa


Walaupun orang kutuk, acik ni bela guppy, asik matiii je...tk apa. Tahun 2012 nipun dah ramai guppy yang jadi korban menemui ajalnya dalam akuarium comel acik nih.   Hingga penghujung bulan Mac, hanya ada sepasang guppy yang berjaya hidup....survive...setakat semalam lah.

Jadi, sempena dengan kejayaan mereka berdua itu, acik hadiahkan teman-teman tambahan 5-6 ekor lagi.  hehehhe..

Selamat bergembira guppy2 ku...semoga kalian panjang umurnya. Aku pasrah. Mati kalu, ku beli guppy yang lain. Hidup, mati, jodoh, rezeki, semua Allah yang tentukan. Kita perlu berusaha mencarinya. Dan kita tidak perlu terlalu menyayangi sesuatu itu dengan keterlaluan dan keterlebihan.  Kerana ianya, semuanya milik Allah belaka.  Termasuk kita ini.  Bila-bila masa sahaja, Allah akan ambil semula.




Mari kita berkaraoke sama-sama ...

Thursday, May 26, 2011

Guppy kembali

dah bertahun rupanya aku tk update ini page.  Ok..aku masih bela ikan guppy walopun ianya silih berganti. Untuk tahun ni, memandangkan aku gi buat umrah awal tahun aritu, aku titipkan ikan guppy di rumahku kepada kawan-kawan di pejabat. 
 Alhamdulillah, beberapa ekor itu sangat bahagia duk di pejabat.  Tapi ajal, tidak dapat dihalang.  Datangnya bila-bila masa sahaja. Namun aku bersyukur, agak lama ia bertahan hidup di pejabat ini.  Bersama-sama lebih doploh ekor anak2 kecit yang kawan-kawan aku bela. Kini, semua mereka telah tiada.  Aku redha.

Untuk di rumah, aku telah beli yang lain di Bangi.  Kat sebelah Warta aka Giant tu...ada 2 kedai jual ikan aquarium. Aku beli enam ekor...3 pasang.  ..baru sekor yg mati...errr..
Yang lima bersaudara itu, masih cergas nampaknya...riang gembira berenang-renang dalam akuarium kecil ku.  Moga mereka kan panjang umurnya.  .... mereka gembira aku gembira..

kita semua gembira. :)

Monday, August 17, 2009

Lama tk hapdet... (ayat stended)..sebab tk ada cerita menarik tentang ikan guppy ku.. mereka semakin lama semakin berkurangan... dari sebanyak hampir 80 ekor...akhirnya tinggal dalam 4 ekor je..

Hari Rabu (12hb) lepas aku beli 4 ekor ikan guppy jantan... sebelum tu aku ada beli induk guppy sebanyak 3 ekor. Semua sarat bunting anak sulung...

13th of August... akhirnya induk ikan guppy ku itu beranak juga..setelah penantian gitu lama..
Anak yang survive ada dalam 24 ekor... termasuk kembar di bawah ni...

video





Tapi sayang, si kembar tk dapat bertahan utk hidup lebih lama lagi... ia mati keesokan paginya.
Apo nak di kato...
Mereka berkongsi perut nampaknya. BUkan acik yg potong ni..tpi masa nak buang bangkainya...terkener pancutan air pili...lalu terpisahlah dua jasad yg syahid ini... huhu..

Sunday, April 19, 2009

Guppy gives birth..but...

Dah lama tak update..
bukan tak ada cerita. Tapi sebab sibuk.

Aku nak maklumkan berita pemergian serentak 2 ekor ikan bandaraya ku... Bulan lepas. Ketika itu aku keluar stesen.. (outstation) . Bila aku pulang ke rumah, aku dapati kedua ikan itu telah tergolek kaku... mati bersama gamaknya.. di samping beberapa ekor guppy lain.



Ni gambar salah seekor darinya yang puan Lin berikan aku dulu tu...

Ikan guppyku semakin sedikit yang tinggal kini. Aku pulak dah makin malas nak tukar air tank tu. Lalu aku pindahkan mereka ke dalam balang yang lebih kecil. Yang jantan, dan yang betina aku asingkan.

Sejak aku melakukan pengasingan, jumlah kematian amat menurun. Tapi biler mereka aku tinggalkan dalam 2-3 hari.... banyaklah yang terkorban. Manja sungguh ikan-ikan ini. Mereka tk boleh hidup tanpa kehadiranku... huhu..

Kemudian baru-baru ni aku bertugas di luar lagi. 4 hari aku tinggalkan rumah. Dan dari kejauhan itu, anakku memaklumkan aku bahawa 5 ekor telah terkorban. Adeiihh...ikan guppy ku semakin pupus nampaknya.

Ini tk boleh jadi. Aku hairan. Aku dah asingkan ikan betina dan jantan. Yang betina banyak yang bunting. Tapi tk pernah lagi aku lihat guppy betina itu mengeluarkan anaknya...atau dalam istilah lain, beranak..!!
Jadi pada hari ini, aku asingkan seekor yang ku anggap telah sarat dan dah sampai waktu bersalin... dalam balang lain... dan tidak lama selepas itu aku nampak sesuatu terkeluar dari saluran peranakannya...
Macam ekor ikan kecil je... lama aku tunggu, tk juga keluar-keluar. Lama-lama aku celup tangan aku dan pegang ikan tu..dan akhirnya terlepas jua si anak ikan..tapi ...tk bernyawa lagi. Ikan itu beranak songsang..!!!


video


Aku tunggu lagi...ku lihat kali ini kepala si kecil dah terjongol.. tapi lama sungguh...tk jugak keluar2...aku rasa dah mati lah jugak.
Aku nak buat kesimpulan bahawa ikan ini sudah bunting terlebih tempoh dan anak-anaknya semua telah lemas dalam kandungan nampaknya....

Apakah sebabnya boleh jadi begitu??? Adakah sebab ketiadaan ikan jantan dalam habitatnya di dalam balang itu??? Adakah apa2 dorongan yang ikan guppy jantan boleh berikan pada bayi dalam kandungan agar cergas dan sihat??? Sebab sepanjang aku asingkan.... hanya seekor dua sahaja yang dapat dilahirkan hidup.

Atau..adakah faktor lain yang menyebabkan bayi-bayi ikan itu mati dalam kandungan????
mungkin satu hari nanti aku akan dapat jawapannya...atau ada sesiapa di luar sana yang tahu jawapannya..???

Aku translatekan dalam bahasa Inggeris soalan aku tadi... kok2 ada la mat2 saleh yang baca entry aku nih..hehhe..pasan.. ngkorang jln gelakkan English aku..memang teruk..tpi omputeh boleh paham tau...!!

anybody out there know...why my guppies cant gives birth to their fry alive?? .. all fry dead when delivered.

Friday, January 30, 2009

Miscarriage of my guppy

Semalam acik tukar air dalam tank ikan guppy induk acik. Semua ikan2 dalam tu adalah ibu2 ikan yang sedang bunting sulung...sambil2 tu acik nengok tv gak.

Dah siap cuci tank, acik masukkan air dan ikan2 itu. Pehtu duduk lagi nengok tv. Sewaktu komersial break beberapa minit selepas itu, acik gi tgk keadaan ikan2 guppy acik.

Everyone seems very happy to the new clean water... swim here, swim there... but I realise, that somebody missing.

I looked into the place where I put all the guppies before put them back into the tank, But I couldnt see any. Then, I saw one guppy on the cupboard surface...it must hv been jump out from the water..uwaaaaaaaaaaahh..getting dry... and I try to handle it as proper as I can, try not to injured the poor young pregnant guppy, hopefully still breathing, yessz..its still alive... still can swim around.

After that, I check again around the tank...and there goes....another dry lying guppy on the cupboard surface..!!! This time, I saw no movement when I picked it up slow n steady... yet, I still hoping there's still a breath.. and I threw it into the small tank... and again I was shock...to see the fish come to alive... !!! unbelievable.. Its God will... until now...those fish still alive.

But...when I woke up this morning, I saw few dead fries on board...aaargghh.. I mean, in the tank.. all dead fries... ! I guess it came from any of that 2 guppy... sayang nya... tak aper...
apa2pun, syukur...sebab ia yakni ibu ikan itu masih hidup...setakat ini. Itu sudah cukup menyedarkan, bahawa sesungguhnya segala yang berlaku adalah ketentuan TUhan. Kalu ikut logik...ikan yang dah tk bergerak itu, pastinya akan mati sudah. Pasni terai pregnant lagi ye... semua tu dugaan ... manusia pun salu keguguran.